Kau tahu apa rasa?
Rasa apabila semua benda yang kita buat diperhatikan. Rasa apabila semua perkataan khas ditujukan hanya kepada seorang insan. Semua aktiviti ingin dikesan. Rimas bukan?
Padahal bukan semua ayat aku khas ditujukan untuk engkau. Bukan semua perbuatan aku ada kena mengena dengan engkau. Bukan semua yang aku buat hanya untuk engkau. Dan ya, semestinya hidup aku bukan hanya dikelilingi oleh engkau sahaja.
Tolong lah, bukak sikit fikiran. Jangan pandai² nak buat kesimpulan. Bukan dengan cara ini untuk tarik perhatian. Kesian.
Friday, 4 November 2011
Tuesday, 25 October 2011
Detik terindah
Aku rindu saat itu,
aku rindu masa itu,
aku rindu hari itu,
aku rindu kenangan itu.
Saat kita bersama,
jalan bersama,
makan bersama,
seharian bersama,
kehulur kehilir,
hanya berdua,
tanpa peduli sesiapa.
Kalau aku ada kuasa,
aku akan putarkan balik semuanya.
Sumpah, aku rindu.
Subscribe to:
Posts (Atom)