Kau tahu apa rasa?
Rasa apabila semua benda yang kita buat diperhatikan. Rasa apabila semua perkataan khas ditujukan hanya kepada seorang insan. Semua aktiviti ingin dikesan. Rimas bukan?
Padahal bukan semua ayat aku khas ditujukan untuk engkau. Bukan semua perbuatan aku ada kena mengena dengan engkau. Bukan semua yang aku buat hanya untuk engkau. Dan ya, semestinya hidup aku bukan hanya dikelilingi oleh engkau sahaja.
Tolong lah, bukak sikit fikiran. Jangan pandai² nak buat kesimpulan. Bukan dengan cara ini untuk tarik perhatian. Kesian.
Friday, 4 November 2011
Tuesday, 25 October 2011
Detik terindah
Aku rindu saat itu,
aku rindu masa itu,
aku rindu hari itu,
aku rindu kenangan itu.
Saat kita bersama,
jalan bersama,
makan bersama,
seharian bersama,
kehulur kehilir,
hanya berdua,
tanpa peduli sesiapa.
Kalau aku ada kuasa,
aku akan putarkan balik semuanya.
Sumpah, aku rindu.
Saturday, 15 October 2011
Aku, kau, kita
Kita,
dilahirkan untuk mencintai dan dicintai,
bukan hanya menyayangi, tapi juga mengasihi,
bukan untuk mengkritik, tapi memotivasi,
bukan saling menuntut kesempurnaan, tapi saling menyempurnakan,
bukan untuk menunjukkan perbezaan, tapi untuk menyatukan persamaan.
Aku, kau, kita,
akan sama-sama berusaha,
demi perhubungan kita,
demi kebahagiaan bersama.
Wednesday, 12 October 2011
Boleh tak?
Awak,
boleh tak awak jujur dengan saya,
tentang hati awak,
tentang perasaan awak.
Awak,
boleh tak awak berterus terang dengan saya,
supaya saya tahu apa yang awak rasa,
supaya saya tak tertanya-tanya.
Awak,
boleh tak awak hargai saya,
sebagaimana saya hargai awak,
supaya saya rasa saya ni berharga jugak bagi awak.
Awak,
boleh tak awak buang ego awak jauh-jauh?
supaya saya tahu,
semua jawapan tentang persoalan yang saya tertanya-tanya selama ni.
Awak,
boleh tak?
Kali ni je awak, kali ni je.
Saya mohon.

Thursday, 22 September 2011
Don't be nice to me
Aku cepat terasa. Bila dah cepat terasa, aku boleh fikir negatif, boleh sakit hati, paling teruk aku boleh menangis.
Jangan terlalu baik dengan aku, sebab nanti aku boleh fikir lain. Hati ni kadang² salah mentafsir. Jadi bila dah salah mentafsir, aku boleh jadi cair.
Jangan terlalu bagi perhatian pada aku. Jujur, aku memang suka perhatian. Lagi² dari orang yang aku suka dan sayang. Bila aku dah mula suka, dah mula sayang, aku akan tengok setiap aktiviti dia dari setiap sumber yang aku boleh tengok. Bila dah tengok, kadang² aku sakit hati, tapi dalam sakit hati tu esok lusa aku buat lagi.
Jangan terlalu ambik berat pasal aku lebih² lagi bila aku tengah down sebab nanti aku mudah jatuh, mudah tersungkur. Tipu kalau aku cakap aku tak suka bila kau ambik berat pasal aku, sebaliknya aku tersenyum, kadang² aku print screen apa yang patut dan simpan. Dan secara tak langsung, tersimpan jugak sebuah harapan.
So please, don't be nice to me.

Tuesday, 20 September 2011
Pelangi yang hilang
Yang dulu suka senyum sampai telinga.
Yang dulu suka ketawa tak ingat dunia.
Yang dulu perangai gila-gila.
Yang sekarang senyum tak seberapa.
Yang sekarang ketawa terpaksa.
Yang sekarang perangai entah apa-apa.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya, Allah hadiahkan kita pelangi.
*Mencari pelangi*
Sunday, 11 September 2011
The Owner
Hello ! First of all , welcome to my silly blog :) Actually, this is my second blog. I used to have another blog account before this, but it have been deleted. Well, sekarang ni kita bukak buku baru, mulakan blog baru, dengan identiti yang baru.
Rasanya tak perlu kot aku dedahkan url blog lama aku. Sebab sekarang ni aku rasa aku nak berblog dengan cara yang berbeza daripada sebelum ni. Boleh kan kan kan :)
Last but not least, I hope you will enjoy the randomness of my blog.

Love, Me ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)